Apakah akan terjadi sekiranya anda sering kali mengalami kejadian aneh sehingga satu tahap anda sudah mengalah? Begitulah yang terjadi dalam salah satu adegan filem seram Thailand, The Presence arahan Chanaphon Rinla.
Perkataan ‘Mati’ Harus Diwarisi Dalam Keluarga

Mengisahkan mengenai seorang gadis berusia 25 tahun, Aom yang sering kali diganggu perkara-perkara yang mistik dan aneh. Oleh kerana tidak tahan diganggu, Aom mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana percaya kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan neneknya. Kepulangan Aom tidaklah keseorangan kerana dia turut ditemani teman lelaki serta dua orang rakannya.

Namun begitu semasa di kampung, Aom berasa ganjil kerana neneknya itu terlantar sakit dan kelihatan seperti sudah mati. Malah suasana di rumah itu bertambah ganjil kerana Aom mendapat tahu neneknya itu telah membela seekor hantu yang dikenali sebagai Phaya Than yang dikatakan mampu menjaga ketenteraman kawasan rumah mereka.

Namun begitu, hantu ini mencari tuannya yang baru dan ketika Aom ingin menjadi pewarisnya, pelbagai kejadian pelik terus berlaku yang melibatkan nilai cinta, setiakawan dan juga takdir.